Pilih bAhaSa

hApy aLwayS

lIfe

Sunday, June 10, 2012

Kahwin Express... Bab 1


BAB 1

      Qalesya Qistina melihat langit yang membiru bersama awan-awan yang putih berkepul-kepul di dada langit,cerah cuaca hari ini.Burung-burung yang berterbangan di dada langit menghiburkan hati yang sedang dilanda kebosanan ini.

         Hai..Ini yang buat aku lemah dengan subjek Matematik Tambahan!Matanya kemudian beralih arah ke hadapan,mengadap papan putih yang sarat dengan formula sana dan sini.
                                         
      Qalesya mengeluh,

Namaku Qalesya Qistina Binti Ridhuwan Khalid.Umurku 17 tahun dan ya!Aku tidak lama lagi akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Aku ini hanyalah seorang gadis yang sederhana,kehidupanku seperti kehidupan orang lain.Kehidupan yang sederhana tetapi yang buatkan aku pelik,macam mana aku boleh tersesat masuk ke sekolah swasta ini??Senang kata,sekolah anak orang kaya sedangkan abahku hanya bekerja sebagai kerani kewangan di Syarikat Iskandar Holdings sahaja.Emakku pula surirumah sepenuh masa.Jawapannya..

        Qalesya mengalih pandang ke arah seorang lelaki yang khusyuk mendengar Puan Latifah iaitu guru Matematik Tambahan kami yang sedang mengajar atau senang kata membuat revision topik tingkatan 4,almaklumlah ,tinggal sebulan lebih sahaja lagi sebelum kami menduduki peperiksaan sebenar.

       Qalesya mengeluh lagi.Fariel Muaz Iskandar Bin Dato’  Faiz Iskandar.Lelaki itu!Keluarga lelaki itu menyebabkan aku bersekolah di sini.Hubungan atuk aku dan tok Fariel sangat rapat sehingga tok Fariel sudah menganggap aku ini cucunya sendiri,begitu juga dengan ibu bapa Fariel-Dato’ Faiz Iskandar dan Datin Faizah yang menganggap aku ini anak mereka sendiri.Hubungan keluarga kami sangat rapat kecuali aku dan malaun ini!-si Fariel inilah.Dia ini boleh dikatakan pendiam dan tidak mempunyai perasaan!Berbanding dengan aku ini,seorang gadis yang periang,prinsip hidup aku pun-Happy go lucky!
Aku ini juga boleh dikatakan mulut yang suka pot pet pot pet..sekali bercakap tak pernah berhenti berbanding dengan si Fariel ini?Haram nak dengar dia bercakap,sepatah ditanya,sepatah di jawab!Buat sakit hati saja bercakap dengan mangkuk tingkat ini,dan aku tak faham kenapa ramai kaum wanita di sekolah ini suka dengan mangkuk ini?Aku tahulah dia ini pandai-Pernah mendapat anugerah pelajar cemerlang tahun 2010,anak Dato’-Emm,aku rasa pernyataan itu kurang sesuai kot sebabnya semua pelajar di sini anak Dato’..Kecuali aku!                                                                                              
 Okey,selain itu,memiliki rupa paras yang boleh membuatkan semua kaum wanita makan tak basah,mandi tak lena tidur tak kenyang,eh betol ke aku cakapkan tu?Pape ajelah
      Mana tak handsomenya kalau sudah berketurunan Melayu mixed Inggeris mixed Cina.Ramai yang tertarik dengan matanya yang sedikit sepet,hidungnya yang mancung lurus serta berkulit putih itu.Badannya yang agak tegap serta mempunyai ketinggian yang aku anggarkan 170 cm itu mentampakkan lagi kekacakkan lelaki itu,Tetapi!Ada tetapinya,Nampak sangat kaum wanita di sekolah ini memandang kecantikkan luaran sahaja tetapi tidak kepada kecantikkan dalaman!Mamat yang sombong dan tidak berperasaan itu yang sukanya??Memang dah kena sihir mata-mata perempuan di sini!Bukan boleh sedikit Fariel itu,makin orang puji dia handsome,makin bertingkat-tingkatlah sombong campur perasan dia itu!

   Salah satu kenapa aku juga tidak rapat dengan mamat itu kerana untuk mengelakkan diri ini daripada di hina,di kutuk, dan di fitnah oleh orang lain.Aku sedar aku ini tak kaya,yuran sekolah ini pun Dato’ Faiz yang tolong bayarkan tapi janganlah sampai menghina aku sehingga aku mengatakan aku ini hidup menumpang!Yang aku menyirap itu,membabitkan nama keluarga aku sekali!Entahlah,yang aku tahu,mereka yang kutuk-kutuk aku ini cemburu kerana aku-Gadis sederhana ini rapat dengan Fariel.’Rapat’ yang macam mana pun aku tak tahu?Takkanlah kerana aku dan Fariel pergi dan balik sekolah sama-sama boleh cemburu kut?Hisy,merepeklah!Nak kata aku ini cantik memang jauh sekalilah,kulit aku pun ala-ala kuning langsat TETAPI sifat kecomelan itu adalah,tambah lagi dengan tahi lalat aku di tepi bibir ini,lagi terserlah kecomelan aku!Hahaha..

Fariel berpalingkan mukanya ke kiri apabila menyedari dirinya diperhatikan sedari tadi.
Qalesya cepat-cepat palingkan mukanya mneghadap kertas peperiksaan percubaan Negeri Terengganu yang diberi oleh cikgu mereka itu.Aigoo…(Aduhai)Macam manalah aku tak perasan sejak dari tadi lagi aku asyik pandang kea rah dia?
  


**************************************       
                                                                              
     Tepat pukul satu sepuluh minit tengah hari,loceng sekolah pun berbunyi menunjukkan tamat sudah sesi persekolahan hari ini.Qalesya berjalan seiringan bersama Umairah Natasya menuju ke pintu pagar sekolah sambil berbual riang.
     Umairah Natasya,satu-satunya kawan yang paling baik dan rapat denganku di sini,rakan-rakanku hanya terdiri daripada budak-budak 5 Prinsip Perakaunan sahaja termasuk Umairah Natasya.Selain daripada itu…yelek(tiada).Semuanya berlagak sombong denganku tetapi nak buat macam mana?Terfikir juga aku untuk berpindah ke sekolah biasa tetapi gerenti punyalah Dato’ Faiz Iskandar dan Datin Faizah tidak benarkan!Tahu dah alasan mereka,alasan pertama-aku sudah dianggap seperti anak kandung mereka,sayang mereka terhadap aku sama seperti sayang mereka terhadap Fariel.Alasan kedua pulak ialah untuk mengeratkan hubungan aku dan Fariel

     Erk!
     Alasan pertama itu boleh terima lagi tetapi alas an kedua itu…Mati hidup balik pun belum tentu kami boleh berbaik antara satu sama lain!
Qalesya dan Umairah melangkah kea rah seorang penjual air.                                             “Pak cik,air asam boi dua.”Ucap Umairah kepada penjual air tersebut.Seketika kemudian mereka berjalan lagi seiringan sambil minum air yang di beli.

Fariel yang berada di dalam kereta Mercedes Benz itu sudah panas punggung.Dia memerhati Qalesya yang sedang berjalan lenggang-lenggok bersama Umairah.Eh eh,boleh pulak dia tergedek-gedek berjalan.Cepatlah!Aku sudah lambat ni!Rungut Fariel dalam hati.

“Okey Sya,jumpa esok,bye.”Lambai Umairah lalu menuju ke keretanya.
Bye.”Qalesya melambai kembali.                                                                                                                  Sebaik sahaja dia menuju ke kereta Mercedes Benz tersebut,Pak Mat iaitu pemandu Dato’ Faiz Iskandar membuka pintu untuknya.Dia sedar,ada yang memerhati tingkahnya dengan mata menjeling ke arahnya sambil berbisik-bisik antara satu sama lain tetapi dia tidak peduli semua itu.

  Keadaan sunyi sahaja di dalam kereta tersebut.Hanya kedengaran bunyi tayar kereta yang berpusing bergesel dengan jalan raya sahaja.

  Qalesya mengambil MP3nya di tempat yang khas untuk meletak barang.Fariel pula sibuk dengan Ipadnya.Earphone disumbat ke telinga walaupun dia bertudung sekolah.Lagu Beast yang bertajuk Fiction mula berkumandang dan dia turut menyanyi secara perlahan lagu tersebut.
ajik nan neol itji motago modeungeol da mitji motago
ireoke neol bonaeji motago oneuldo

dasi mandeureobolge uri iyagi kkeutnaji anke aju ginagin
salgacheul pago seumyeodeuneun sangsilgameun jamsi mudeodulge
saero sseo naeryeoga sijageun haengbokhage utgo inneun neowa na
nega nal tteonaji motage baegyeongeun chulguga eomneun jobeun bang an

amureochi anke nege kiseuhago dalkomhan neoui gyeoteul tteonagajil motae
urin kkeuchiraneungeon eobseo

ireoke nan tto (fiction in fiction)
itji motago (fiction in fiction)
nae gaseum soge kkeutnaji anheul iyagil sseugo isseo
neol butjabeulge (fiction in fiction)
nochi anheulge (fiction in fiction in fiction)
kkeutnaji anheun neowa naui iyagi sogeseo oneuldo in fiction

jigeum yeogin haengbokhan iyagideulbakke eobseo
neomu haengbokhan uri dulmanui iyagiga ireoke (hyeonsilgwaneun dareuge)
sseo isseo jeomjeom chaewojigo isseo

neoneun naegero dallyeowaseo angigo
pum ane angin neoreul naneun jeoldae nochi motae
urin kkeuchiraneungeon eobseo

ireoke nan tto (fiction in fiction)
kkeunchi motago (fiction in fiction)
nae gaseum soge kkeutnaji anheul iyagil sseugo isseo
neol butjabeulge (fiction in fiction)
nochi anheulge (fiction in fiction in fiction)
kkeutnaji anheun neowa naui iyagi sogeseo oneuldo in fiction

dasi han beon deo malhajiman
jigeum neoneun nae yeope itdago geureoke mitgo isseo nan
(hajiman fiction)

nan mokjeogeul irheobeorin jakga i soseorui
kkeuteun eotteoke mamuri jieoya hae
saranghae saranghae saranghae saranghae saranghae i se geuljaman
sseo naeryeoga mudyeojin pen nunmullo eollukjin nalgeun jongi wiro
haengbokhal sudo seulpeul sudo eobseo i iyagineun

jigeum nan neomunado haengbokhan saenggage iyagireul sseujiman
modeunge baramil ppunirago yeojeonhi

nan haengbokhangeol (fiction in fiction in fiction)
uri hamkkeingeol (fiction in fiction in fiction)
ije sijagingeol (fiction in fiction in fiction)
kkeuteun eomneungeol (fiction in fiction in fiction)

      Oit,Pak Mat panggil kau tu.”Kata Fariel sambil menolak bahu Qalesya agak kuat secara tidak sengaja membuatkan kepala Qalesya terhantuk ke cermin kereta.
    “Adoii ”Sakitlah ngok!
     Marah Qalesya di dalam hati sambil tangan menggosok kepalanya.Matanya memandang tajam kea rah Fariel yang selambek gajah sahaja membaca sesuatu dalam Ipadnya tanpa meminta maaf kepada Qalesya.Susah sangat ke nak minta maaf kepada aku?Tumbuk nanti hidung tu,penyek terus!Hilang terus handsome dia,baru padan muka!

  “Ya Pak Mat?Maaflah,Sya tak dengartadi Pak Mat panggil Sya.”Pak Mat memandang Qalesya melalui cermin pandang belakang.
  “Pak Mat selepas ini mahu menghantar Encik Fariel ke hospital,mahu menziarah Dato’ Hashim.Cik Qalesya mahu ikut sekali?”
  Qalesya berfikir sejenak.Sudah dua bulan Dato’ Hashim Iskandar iaitu tok Fariel terlantar di hospital akibat mengidap penyakit barah hati.

 “Bukan tak nak Pak Mat,tetapi esok Sya cadang mahu ziarah tok dengan keluarga Sya.Pak Mat hantar Qalesya balik sahajalah.”Sejurus itu,kereta Mercedes Benz terus membelok kiri,menuju ke rumah Qalesya.

  Sejurus kereta Mercedes Benz berhenti di hadapan rumah teres dua tingkat itu,Qalesya terus membuka pintu kereta,beg sekolahnya di galas di bahu.

 “Kirim salam dekat mak dan abah.”Tiba-tiba terdengar satu suara di sebelahnya.                                                                                                                                   “Hurm.”Jawab Qalesya.Dingin.Masih marah terhadap Fariel.
Sorry.”
“Hah?”Qalesya berpaling kea rah Fariel.Aku dengar dia kata ‘sorry’ tapi aku rasa aku tersilap dengar kot?Sebab aku baru ingat nak korek telinga hari ini.   
“Tak ada apa-apalah!Dah,blahlah cepat,aku dah lambat nak pergi hospital ni.”Jawab Fariel tanpa memandang Qalesya.
“Ceh!!”Qalesya terus menghempas pintu kereta tersebut.Dia halau aku rupanya.Mangkuk punya mangkuk ayun!

Pak Mat hanya tersenyum melihat gelagat mereka.Sudah biasa dengan situasi sebegitu.   



*Sudi2kanlah bace ye....miane klo ad slah taip ker,atau rse novel ini boring ker ap ker,,skali lagi sy nk bg tao,ini merupakan novel pertama sy,maaf klo ad ksilpn,sy akn wat yg ag trbaek lg leps ini ^_^ 

Kahwin Express...


PROLOG 


Gadis kecil itu tersenyum riang dengan tangan lincah membina pasir istana.Gadis kecil itu nampak sungguh comel sekali dengan rambutnya diikat dua ditambah pula dengan tahi lalat yang terletak di bawah bibirnya itu menyerlahkan lagi kecomelannya.

Dia kemudian memandang ke arah budak lelaki yang sama umur dengannya yang juga sedang membina pasir istana sama sepertinya.

“Fariel,boleh kau tolong bina pintu istana aku ni tak?”Soal gadis kecil itu. 
“Tak boleh.”Kata Fariel itu tanpa perasaan,tangannya lincah membina pagar disekeliling istananya itu.

“Ala,tolonglah,takkan itu pun tak boleh?”Gadis itu mula menarik muncung.Sebenarnya dia cemburu istana lelaki itu lebih besar berbanding istananya.

“Jangan kacau aku boleh tak?Sibuk aje!”Marah Fariel,Gadis kecil itu tersenyum nakal tiba-tiba,dia mengambil sebatang kayu kecil sebelum berjalan menghampiri Fariel.

“Waca!!!”Terus kayu kecil itu menjalankan tugasnya dengan menghancurkan istana Fariel itu setelah dibaling oleh gadis tersebut.

“Qalesya!!!!!”Jerit lelaki itu dengan muka merah menahan marah.Qalesya terus berlari ke rumahnya apabila Fariel mengejarnya dari belakang.                                          “Atuk!!Tolong Sya!!Ada orang gila kejar Sya!”Jerit Qalesya sambil menyorok belakang  Tuan Rahim Dani yang sedang berbual kosong bersama Dato’ Hashim Iskandar di halaman rumahnya.

Fariel yang sedang kejar Qalesya cepat-cepat ditangkap kemas oleh Dato’ Hashim Iskandar,sudah mengerti tindakan cucunya itu jika membiarkan sahaja dia mengejar  Qalesya.             

“Tok,tengok Qalesya tu,dia yang mulakan dulu,dia runtuhkan istana pasir Riel.”Marah Fariel sambil menunjukkan muka tidak puas hati kepada Dato’ Hashim Iskandar.

“Qalesya,kenapa buat perangai macam itu?Atuk tak ajar Qalesya buat perangai nakal macam inikan?Pergi minta maaf balik kepada Fariel.”Tuan Rahim Dani menarik Qalesya ke hadapan Fariel.

“Salam balik,aku minta maaf,janji tak buat lagi.”Tangan yang kecil itu menghulur ke hadapan Fariel.                                                                                                             “Huh!”Dengan nada sombong Fariel memalingkan mukanya lalu melangkah meninggalkan Qalesya bersama atuk Qalesya dan toknya.

“Tengok tu atuk,orang minta maaftapi dia tak mau,sombong betul!Bencilah!”Qalesya terus melangkah memasuki rumahnya.

Situasi itu hanya meletuskan gelak tawa antara Tuan Rahim Dani dan Dato’ Hashim Iskandar.                                                                                                                                 “Kelakar betol aku tengok gelagat cucu-cucu kita ni Iz.”Ujar Tuam Rahim Dani sebelum menghirup kopi ‘O’ dalam cawan perlahan-lahan.                                                                                                                               “Betul tu,tak boleh bersama,mesti bergaduh,aku senang-senang kahwinkan sahaja mereka berdua itu”Sejurus itu,kopi ‘O’ yang dihirup oleh Tuan Rahim Dani terus tersembur ke muka  Dato’ Hashim Iskandar.Hitam pekat terus muka Dato’ Hashim Iskandar dan Tuan Rahim Dani hanya mampu menayang giginya ala-ala iklan Darlie.

Ngee,sorry,siapa suruh buat lawak yang memang tak lawak pun? 




*Ampun n maaf diminta andai ad ksilpan,ini first time sy buat novel.. :p

Saturday, June 9, 2012

Annyong!!!

ANNYONG HASEYO....sy baru shaja mempunyai blog,msih ta tao apa2 pasal blog,,harap beri tunjuk ajar..KAMSAHAMNIDA!! :D

AbOuT BeAsT



Annyong!!!
Hari ini sy nak memperkenalkan Beast,sy tahu mungkin rmai yg dh kel beast tp sy tak peduli!kekeke :P

Beast/B2st kumpulan dari Korea Selatan yang di kenali sebagai 'Boys of the East Standing Tall' yang terdiri daripada 6 orang ahli iaitu:

Yoon Doo Joon
-Seorang yang funny leader!
-lahir pd 4 Julai 1989
-mmg seorg yang lawak,suka tgk dia buat lawak aptah lagi ble die brkomplot dgn Yang Yoseob,,mmg lawak!smpai kadang2 tuh gelak trguling kte dibuatnya.hehe

Jang Hyun Seung
-Kalau die menari mmg awesome lah!
-lhir pd 3 September 1989 
-dia nih seorg yg agk pendiam ttpi kdg2 lawak jugak dia nih!

Yong Jun Hyung
-Seorang rapper yang terbaeekk!
-lhir pd 19 Disember 1989
-hah!dia nih,walopn rapper tapi sbenarnye seorg yg pemalu!!
-malu2 die gak,tp dlm byk2 ahli beast,die sorg shj yg suda brpunye,amcm?hebt an??

Yang YoSeob
-Mempunyai vokal yang mantap!
-lhir pd 5 Januari 1990
-Dlm rmai2 die nih yg plg bising n juga plg...comel!
-prangainya yang budak2 itu mnyebbkn rmai org mint kat die
-kalo die x de mmg kte akn rse sunyi sje..

Lee Gi Kwang
-Oppa kite nih apable menari mmg HOT!
-lhir pd 30 Mac 1990
-dlm rmai2 ahli,gikwang la yg pllgg sy minat!
-suke tgk mate die,mate die smile eyes!trutme ble die snyum,mate die pn akn 'trsnyum'
 skali
-ahli2 beast gelar kn die pabo(stupid),mule2 tuh pelik gak nape dorg gelrkn die mcm tuh,skrg bru tahu nape dorg gelar kn die mcm tuh!hahahaha,,kesian oppa kite nih!

Son Dong Woon
-Seorg yg handsome maknae!(plg mude)
-lhir pd 6 Jun 1991
-die nih laen ckit,bb muke die mcm muke mixed!
-suke tgk hidung die yg mancung tuh!
-walopn maknae ttpi dielah yg plg tinggi skali drpd hyung(s) nya yg laen mnybbkn die nih x nmpk mcm maknae pon!

Selain itu,Beast juga dibawah syrikat cube entertainment dan mule debut pd akhir taon 2009.
sy mint sgt degn beast,lagu die laen drpd yg laen mmbuatkn sy tak jemu untuk mndengrnye..
ok,,itu shj yg sy mahu brkongsi tok ari ini,,laen waktu sy akn update crite sy lgi..
Annyong!!! ^_- v


cold