PROLOG
Gadis kecil itu
tersenyum riang dengan tangan lincah membina pasir istana.Gadis kecil itu nampak
sungguh comel sekali dengan rambutnya diikat dua ditambah pula dengan tahi
lalat yang terletak di bawah bibirnya itu menyerlahkan lagi kecomelannya.
Dia kemudian memandang ke arah budak lelaki yang
sama umur dengannya yang juga sedang membina pasir istana sama sepertinya.
“Fariel,boleh kau tolong bina pintu istana aku ni
tak?”Soal gadis kecil itu.
“Tak boleh.”Kata Fariel itu tanpa perasaan,tangannya
lincah membina pagar disekeliling istananya itu.
“Ala,tolonglah,takkan
itu pun tak boleh?”Gadis itu mula menarik muncung.Sebenarnya dia cemburu istana
lelaki itu lebih besar berbanding istananya.
“Jangan kacau aku boleh tak?Sibuk aje!”Marah Fariel,Gadis
kecil itu tersenyum nakal tiba-tiba,dia mengambil sebatang kayu kecil sebelum
berjalan menghampiri Fariel.
“Waca!!!”Terus kayu kecil itu menjalankan tugasnya
dengan menghancurkan istana Fariel itu setelah dibaling oleh gadis tersebut.
“Qalesya!!!!!”Jerit lelaki itu dengan muka merah
menahan marah.Qalesya terus berlari ke rumahnya apabila Fariel mengejarnya dari
belakang. “Atuk!!Tolong
Sya!!Ada orang
gila kejar Sya!”Jerit Qalesya sambil menyorok belakang Tuan Rahim Dani yang sedang berbual kosong
bersama Dato’ Hashim Iskandar di halaman rumahnya.
Fariel yang sedang kejar Qalesya cepat-cepat
ditangkap kemas oleh Dato’ Hashim Iskandar,sudah mengerti tindakan cucunya itu
jika membiarkan sahaja dia mengejar Qalesya.
“Tok,tengok Qalesya tu,dia yang mulakan dulu,dia
runtuhkan istana pasir Riel.”Marah Fariel sambil menunjukkan muka tidak puas
hati kepada Dato’ Hashim Iskandar.
“Qalesya,kenapa buat perangai macam itu?Atuk tak
ajar Qalesya buat perangai nakal macam inikan?Pergi minta maaf balik kepada
Fariel.”Tuan Rahim Dani menarik Qalesya ke hadapan Fariel.
“Salam balik,aku minta maaf,janji tak buat lagi.”Tangan
yang kecil itu menghulur ke hadapan Fariel. “Huh!”Dengan
nada sombong Fariel memalingkan mukanya lalu melangkah meninggalkan Qalesya
bersama atuk Qalesya dan toknya.
“Tengok tu atuk,orang minta maaftapi dia tak
mau,sombong betul!Bencilah!”Qalesya terus melangkah memasuki rumahnya.
Situasi itu hanya meletuskan gelak tawa antara Tuan
Rahim Dani dan Dato’ Hashim Iskandar.
“Kelakar betol aku tengok
gelagat cucu-cucu kita ni Iz.”Ujar Tuam Rahim Dani sebelum menghirup kopi ‘O’
dalam cawan perlahan-lahan. “Betul
tu,tak boleh bersama,mesti bergaduh,aku senang-senang kahwinkan sahaja mereka
berdua itu”Sejurus itu,kopi ‘O’ yang dihirup oleh Tuan Rahim Dani terus
tersembur ke muka Dato’ Hashim
Iskandar.Hitam pekat terus muka Dato’ Hashim Iskandar dan Tuan Rahim Dani hanya
mampu menayang giginya ala-ala iklan Darlie.
*Ampun n maaf diminta andai ad ksilpan,ini first time sy buat novel.. :p
No comments:
Post a Comment